Sunday, December 26, 2010

Mangsa ke-28 kemalangan bas dekat Simpang Pulai meninggal dunia

IPOH: Seorang lagi mangsa kemalangan bas dekat Simpang Pulai Isnin lalu, Duranee Songsern @ Dariah Ismail, 59, meninggal dunia 2.26 petang tadi, menjadikan beliau mangsa ke-28.

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rejab, berkata Duranee meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Sementara itu, anak Duranee, Faisal Teuku Aziz, 40, berkata jenazah ibunya dikebumikan di Kampung Nyaring, Pattani, malam ini atau pagi esok.

"Saya sedang menunggu dokumen daripada polis untuk membawa keluar jenazah menerusi pintu sempadan Bukit Kayu Hitam-Danok," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment